MENGENAI KAMI

DAPATKAN SEBUT HARGA PERCUMA!

SEJARAH SYARIKAT

Bergelar CEO di usia muda

Arn Construction Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23 JUN 2013. Syarikat ini diasaskan oleh Abdul Rahman bin Abu Bakar. Beliau berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah. Tertubuhnya syarikat ini sekali gus mewujudkan inisiatif yang mampan dan lebih maju ke arah pembangunan industri hartanah/pembinaan yang lebih baik.

Mempunyai enam tahun pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan yang melibatkan bangunan kediaman dan bangunan komersial dan G3 di bawah lembaga pembangunan industri pembinaan (CIDB). Arn Construction Sdn Bhd dilesenkan sebagai ‘kontraktor bumiputera’ dan selama ini, ia telah datang dengan modal dibenarkan sebanyak RM 400,000 dan bernilai RM 100,000 modal berbayar.

Baca lagi..

Semenjak penubuhan, syarikat telah mencatatkan peningkatan jualan operasi yang memberangsangkan. Ketika ini, Arn Construction Sdn Bhd dikenali sebagai salah satu syarikat yang terkenal di wilayah utara di dalam bidang pembangunan hartanah dan memberi pelbagai perkhidmatan serta produk kepada pelanggan.

Selaras dengan strategi pembangunan dan pemasaran yang telah diperbaharui, syarikat memberi tumpuan utama untuk terlibat dalam pembangunan hartanah di wilayah utara khususnya Kedah, Perlis, Pulau Pinang serta Perak. Pembinaan yang dijalankan seperti banglo mewah dan rumah teres yang akan memberikan jaminan keselesaan kepada pelanggan. Syarikat bercita-cita untuk melebarkan sayap sehingga ke selatan Malaysia yang berpotensi untuk pertambahan pendapatannya di dalam usaha untuk mengekalkan reputasi sebagai salah satu syarikat yang berdaya saing di dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah di semenanjung Malaysia.

Malah syarikat ini juga memberi peluang dan kelebihan kepada pelanggan untuk membuat pilihan reka bentuk rumah yang disediakan oleh pihak syarikat bertepatan dengan pilihan harga yang ditetapkan. Namun begitu, syarikat juga tidak memberi kekangan dan tekanan kepada pelanggan, dimana pelanggan boleh menetap harga rumah dan pihak syarikat akan membuat pelan yang bersesuai dengan harga tersebut.

Arn Construction Sdn Bhd menyasarkan akan berada pada kedudukan tertentu di Malaysia untuk menjadi syarikat pembangunan dan pembinaan yang berdaya maju dan berdaya saing seiring dengan pembangunan pada masa kini dan akan datang.

Tutup bacaan

Hubungi kami

ALAMAT

No. 8E, Samila Business Centre, Aman Walk, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah.

telefon

+6 012 345 6789 / 011-3624 9595

E-mail

help@kontraktortopkedah.com

ARN, Alor Setar, Kedah